Monday 25 May 2009

Tanda hati bersih : Tidak pernah berhenti dari mengingati Allah, tidak pernah ada rasa jemu untuk beribadah kepada Allah.

Tanda hati bersih : Tidak pernah berhenti dari mengingati Allah, tidak pernah ada rasa jemu untuk beribadah kepada Allah, tidak pernah menaruh rasa suka, sayang atau seronok terhadap selain Allah. Kecuali dengan seseorang atau sesuatu yang boleh membawanya ke sisi Allah dan mengingatiNya.” Misalnya ia tidak pernah menaruh rasa sayang kepada seseorang kecuali hal itu boleh membawanya untuk lebih mencintai Allah.

ye cinta seseorang tu sebab orang tu beriman kpda allah...baru lah slamat dunia akhirat...maknanya dengan adanya cinta itu akan bertambah cinta kasih anda berdua kepada Allah... Kalau mencintai seseorang yang membawa kita melupakan allah tu yg jadi tak boleh...

..ikhlas itu untuk allah. makhluk takkan tahu kita ikhlas melainkan izin allah...perlukah kita ikhlas untuk mendapat balasan ikhlas dari makhluk juga? dan perlukah kita minta dari allah balasan baik ketas ikhlas yg kita buat? mcm tak ikhlas aje..

Itu adalah sebaik2 nya shahuda..mencintai Allah dan Rasul mesti diutamakan..cinta sesama manusia ni yang ke3. Kita tidak boleh lari dari perasaan cinta sebab perasaan cinta itu memang sifat hati. Jadi xsalah kalau yg ke3 tu cinta pada manusia sperti ibu bapa, anak, family, suami isteri dan sebgainya..

cinta pada Allah itu kekal abadi..utamakan cinta pada Allah dan Rasulnya.. kemudian baru tak salah mencintai mana2 makhluk ciptaanya.. Kita sasama2 lihat firman allah ini " Jika bapa, anak, saudara, isteri, keluarga, harta kekayaan, perniagaan, rumah adalah kamu lebih cintai daripada Allah, Rasulnya dan dari berjihad kejalanya, maka ... Read Moretunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 yg fasiq" (at-taubah:24)Itu warning dari Allah sekiranya kita melebihkan mencintai sesama makhluk dahulu..Bercinta sesama makhluk itu tidak salah..tapi utamakan cinta pada Allah...insyaalah.

Ye..jadi balik lah kita mencintai allah dan rasullullah..macam mana nak cintai allah dan rasullullah? kita tak kenal allah? aa jawab jgn tak jawab..heheh
cintakan diri kita dahulu..sebab didalam diri kita ada hubungan rapat antara Hati,Roh dan Nur yang berhubung dgn zat. Bagaimana nak cintakan diri? Pastikan diri kita mendapat nafsu mutmainnah kerana nafsu ini yang memberi hidayah dan petunjuk. Macam mana nak dapatkan nafsu mutmainnah? ikut lah amalan syahadah seperti yg dah diterangkan dalam perbincangan kita yg lepas lepas..tak ingat check NOTES


Sebut bab ikhlas..ikhlas pun kene ada ilmu..ada kafiatnya.. kalau tak ikhlas kita tinggal nama aje...Buat sesuatu kerana allah kerna kita tahun diri kita tak berdaya melakukannya itu lah ikhlas. Maknanya..kita melakukan sesuatu kerana allah tanpa mengharap balasan(syurga-pahala-keselamatan) kerana kita lemah...Kita beribadah, berdoa pun dengan ... kekuatan yang allah berikan kepada kita..maka banyaklah bershukur..berterima kasih pada Allah. Nak beramal itu mudah. Nak menjaga amal itu berat. Beramal hanya sesaat-dua.. nak menjaga amal tu sepanjang hayat. sebab tu orang yang hati nya sentiasa berzikrullah aje yg amalnya selamat dunia akhirat terhindar dari golongan fasiqin..fuhh beratt..berat..


Ye asiah..satu senario yang menarik..i nak tambah sket. Umpama solat. Solat itu tiang agama. Dirikan solat tanpa asas(Foundation) maka roboh lah solat tadi..(jadi dirikanlah asas islam..bukan tiangnya dulu)Ye rozanna..Malam ni dah ramai yg faham kan dengan apa yg i nak terangkan selama ni..Alhamdulillah syukur pada Allah..tak sia-sia i duk menyampaikan benda2 ni..Ramai yg dah faham kesimpulan islam, ibadah, iman dan manusia. Semua itu lah terletak didalam ILMU SYAHADAH..... alhamdulillah..syukur..
...nak dapat ilmu ni tak semestinya kat masjid, kuliah agama..sepatutnya kita sesama islam setiap kali bertemu selalu mengingat sesama kita..baru allah limpah hidayahnya banyak2..(syaratnya hati kene zikrullah banyk2)
Kalaimah ALIF LAM LAM HA itu besar maknanya.. jangan kita sambungkan dengan sebutan macam.. ALLAHU, atau YA ALLAH, atau YA RABBI..semua tu dah tak sama maksudnya. ALIF = zat yg esa..tunggal tidak berkehendak LAM = lam jamal.. LAM = lam jalal HA = nur..jadi kalimah ALLAH itu kalimah hubungan NUR -> ZAT. Kemuliaanya tak sama ... dengan sebutan YA ALLAH, YA RABBI, ALLAHU, HU, HA semua tu...yg lain tu semua memuliakan allah.Cuma sebutan ALLAH je kita dimuliakan allah tanda MANUSIA (INSAN)
Mengingati ALLAH = 1. Mata hati lihat kalimah ALIF LAM LAM HA2. Telinga hati mendengar ALLAH3. mulut hati menyebut ALLAH.... Disertakan dgn persasaan merendah dan perasaan takut kepada allah.. cek balik surah (AL-ARAF:205)Sebab apa kene lihat kalimah ALLAH didalam hati? sebab Kalimah ini akan bercahaya cantik..kalau tak nampak carilah sampai nampak..mata tu pejam kan...kalau boleh cari kawsan yang kurang cahaya..jagn duduk dlam gelap pula..ada cahaya sket..
ALIF = tunggal sebab tu dalam kalimah ALIF LAM LAM HA..alif tu tak bersambung..dia dijauhkan. LAM jalal dan lam jamal ini ialah tajalli allah (Dalam kejadian allah memperkenalkan dirinya) jadi jamal dan jalal itu perkara buruk dan baik..dua dua dari allah. NUR = Nur Muhammad. iaitu Makhluk yang pertama..makhluk yang berhubung dengan zat allah..... nur itu lah nur rasullullah..sebab tu kita baca lailahaillah muhamadar rasullullah. ALLAH itu lah kalimah iman.... tambah apa sahaja pada kalimah allah tu..dah tak jadi kalimah iman..jadi kalimah tauhid atau kalimah islam..jadi sebab tu tempat sebutan ALLAH ni bukan dilidah..tempat nya DIHATI...sebab HATI berhubung dengan ROH. ROh berhubung Dengan NUR..dan Nur berhubung dengan ZAT.itulah Tali allah..(Ilmu syahadah) maka sesiapa yang hati nya menyebut ALLAH..akan dipelihara allah dari segala galanya..
..sebut Ya Allah tu jadi wirid...Wirid ni tempat sebutannya dilidah..tak boleh dihati.. SEBUTAN ALLAH sahaja dihati..pasal apa? pasal kalimah ALLAH itu kalimah IMAN..."Allah jadikan iman itu kecintaan mu serta diperhiaskan dalam hati mu (Al-Hujarat:7) Dihati ye..bukan dilidah.... nak sebut subhanallah, alhamdulillah, ya rabbi, ya allah, allahu, semua tu wajib DIMULUT/LIDAH... kalimah ALLAH aje dihati.
Benda-benda ni la yg takde orang nak terangkan sekarang..hanya orang-orang yang diberi petunjuk dan hidayah sahaja yang dapat kefahaman benda ini... Orang yang macam mana yang dapat hidayah?Jwapnya orang yang sentiasa berzikrullah :... "dan sesiapa yang beriman(setiasa mengingati allah dengan kalimah iman) allah akan pimpin hatinya (memberi hidayah) dan ingatlah allah maha mengetahui (at-taghabun:11)sebab tu allah pesan..kalau kamu perlu satu jawapan mengenai masalah agama, tanyalah ahli zikir. bukan ahli tafsir atau ahli kitab."maka tanyakan oleh mu ahli zikir jika kamu tidak mengetahui " (AN-nahl:43)
Allah telah turunkan kepada manusia itu satu amanah semenjak kita dari perut ibu.. maka jagalah amanah tersebut.apa amanah tu? iaitu Melihat, menyebut dan mendengar kalimah ALLAH..itulah iman.... kita nak ingat allah kita tau ke cammana? kenal ke allah? kalau tak kenal maka kita kenal amanah allah dan kita jaga lah..Dalam alquran disuruh kita menyebut kalimah ini dihati...nampakkan dihati..dengar hati menyebut allah.. baru la dinamakan menjaga amanah allah..(manusia)allah tidak dapat kita kenal dengan mata, akal, ilmu, amal, syariat, tarikat, hakikat, makrifat, kerana zat allah itu rahsia.... sapa cari allah dia akan gila..sebab memang takkan ketemu..tapi alah ada turunkan amanah allah..diminta pula kita menjaganya..jadi jagalah..
ahli zikir ni ahli yang sentiasa mengingati allah tanda iman. ahli tafsir ni orang yang belajar bahasa arab. Alquran ini bukan boleh di tafsir sebab tu kene ada hidayah allah, baru boleh menerangkan alquran.. kalau ikut ahli tafsir..sampai hari ni la org takkan beriman kepada allah. satu lagi kene ingat. alquran ni ada 2. 1. alquran..dan 2 al-... furqan. Al-furqan itu ialah rohani alquran. atau kefahaman alquran. nak dapatkan kene dengan AMALAN..bukan dengan KAJIAN.itu yg diterangkan dalam surah "allah mengurnaikan al-hikman (kefaham tentang alquran) kepada orang2 yg dikehendakinya (al-baqrah:269)"dan demikian kami wahyukan kepadamu (al-quran) dgn perintah kami. sebelumnya kamu tidak mnegetahui apakah al-kitab dan tidak mengetahui apakah iman. Tetapi kami menjadikan al-quran itu cahaya yg kami tujuki dgn siapa yg kami kehendaki" (as-Syuira:52)
Ini lah yang dimaksudkan alquran itu kefahamannya dapat dari AMLAN..bukan KAJIAN atau Blajar BAHASA ARAB..Kalau blajar bahasa arab faham alquran habis semua orang arab baik-baik lah..
"celakalah orang yang hatinya tidak berzikrullah, mereka itu dalam keadaan SESAT yang nyata" (al-zumar :22)Berapa ramai yang mengikut ajaran sesat hari ini? fikir-fikirkan lah....Ajaran sesat yang diwartakan oleh allah bukan jais, bukan jawi, tetapi Allah sendiri cop sesat....

No comments: