Sunday 24 May 2009

Part 2 : "dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri.

Part 2 : "dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan" (Ad-zariyat 20-21)

Dari surah diatas Allah menyuruh kita melihat tanda kekuasaan Allah (amanah Allah bukan mencari Allah) salah satu tempat untuk dicari ialah diri sendiri. Didalam diri kita itu terdapat tandanya iaitu diri manusia atau roh manusia dan tempat berhubungnya roh ini adalah hati yang bersih. Manusia yang hatinya bersih dapat melihat sendiri keadaan ... rohnya sendiri. Tetapi selagi hijab hati tertutup..tak dapek la nak nulung. Sebab tu banyakkan lagi sebut Allah2 setiap masa kerana hati yang menyebut kalimah ALLAH itu menjadi kesayangan roh. Roh macam mana? Iaitu roh nafsu mutmainnah.
Mengingati Allah setiap masa itu wajib hukumnya..bukan sunat..Allah befirman..sapa tak ingat padanya..sesat yang nyata..(Al-Zumar:22)
Kalimah tauhid dan kalimah iman. Kalimah tauhid itu LAILAHAILLAH dan kalimah iman itu MUHAMMADAR RASULLULLAH. Mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH iaitu dengan ucapan dan tasdiq dihati, jadi lah org islam. Tetapi bagaimana utk menjadi orang beriman? Maka hendaklah mengikut amalan rasullullah didalam kalimah MUHAMMADAR RASULLULLAH dan ditasdiq kan dihati. Apa yang nak ditasdiq kan?
Hidup didalam hati..bercahaya lagie.. tu yang nak dibincang kan ni..pasal amalan syahadah..iaitu menghidupkan hati menyebut kalimah ALLAH banyak2

Ya..megnucap ALLAH dihati itu tanda iman.. Hari ini orang hanya peracya pada rukun iman..tapi tidak buat amalan untuk dapat iman..

ok kita sambung balik...Mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH iaitu dengan ucapan dan tasdiq dihati, jadi lah org islam. Tetapi bagaimana utk menjadi orang beriman? Maka hendaklah mengikut amalan rasullullah didalam kalimah MUHAMMADAR RASULLULLAH dan ditasdiq kan dihati. Apa yang nak ditasdiq kan? Tasdiq itu artinya..membernarkan.. Melekat kan di jiwa..kita mengaku dgn sebenar2 nya.. beramal dgn sebenar-benarnya..sentiasa tidak lupa..
MUHAMMADAR RASULLULLAH itu kalimah iman terbahagi 2. ...
1. Mengikut jasad rasullullah beramal. Termasuklah Iman mufassar (putus-putus) iaitu percaya kepada Allah, Malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan Qada qadar.
2. Mengikut hati rasullullah beramal iaitu kita sebutkan MUHAMAMDAR BABUR ARWAH. Maksud kalimah ini ialah Muhamamd itu ada Jasad, Hati, nafsu , roh dan nur. Jadi kesemuanya wajib dihubungkan antara satu sama lain ini dikenali sebagai iman mujammal (DIHUBUNGKAN) Ok Itu secara teknikalnya…

Ok tadi secara teknikal..Bagaimana untuk apply pada diri kita? Mula-mula kita mestilah kita kenal 1. Apa itu hati ... 2. Apa itu nafsu.Hati :
Hati ini bukanlah hati yang kita belajar dalam pelajaran sains itu. Hati ini adalah rohani kepada seketul daging itu. Dia merupakan raja segala anggota yang menjaga segala anggota tubuh badan. Hati punyai mata, telinga, mulut, hidung, jasad..yang mampu melakukan apa sahaja yang tidak mampu dilakukan oleh tubuh badan. Hati boleh berzina dengan siapa sahaja dia suka, boleh mengambil apa sahaja yang diinginkan lebih hebat dari superman..jadi kalau tidak dijaga hati ini ditakutkan akan dituruti oleh anggota. Bermakna senang cita jangan lah berangan-angan kerana ianya melalaikan.. bukan kah Allah berfirman manusia itu kerugian?

Jadi nak baikan hati, maka hendaklah mata hati itu melihat kalimah ALIF LAM LAM HA sentiasa. Telinga hati itu menendengar bunyi ALLAH..ALLAH..ALLAH dan mulut hati menyebut ALLAH ALLAH ALLAH sentiasa, baru lah baik seluruh anggota.
OK kita pergi ke bab Nafsu. Apakah nafsu ini? Nafsu ialah kehendak. Semua manusia, haiwan dan jin punyai nafsu atau keinginan. Bagaimana untuk membezakan nafsu haiwan dan nafsu manusia.

Nafsu Amarah :Ni nafsu syaitan. Tak payah stori panjang.. Nafsu ni dia bangga bila kita buat kejahatan.Contoh bila kita menceritakan perihal buruk orang lain kita jadi seronok. Tiada perasaan bersalah malah berbangga pula dengan terus mencari keburukan orang yang lain pula untuk dijadikan bahan...
Nafsu Lawamah :Nafsu ni dah ada lawa sket. Nafsu ni bila kita mengumpat orang , akan timbul perasaan dihati..rasa bersalah. Tetapi keseronokan mengumpat itu masih ada..jadi dia tambah lagi untuk mengumpat..kemudian rasa balik nak minta maaf. Tapi meneruskan lagi tak terdaya nak melawan keseronokan ,dia terus buat salah walau tau salah..

Nafsu Mulhemah:Nafsu ni nafsu orang yang sudah ada sedikit iman. Dia telah pun dapat bimbingan yg mana betul yg mana salah..suka melakukan kebaikan, disamping masih melakukan kejahatan kira atas pagar la... … Hari ni dia nasihat kawan2 dia..jangan mengumpat. Tapi esok lusa bila dia tak puas hati dengan orang, dia plak umpat orang tersebut. Golongan nilah paling ramai dikalangan umat islam hari ini. Dan golongan ini akan dihisab diakhirat nanti..kalau cukup amalan, selamatlah dia..kalau tak, jadi kayu api lah.

OK ke3-3 nafsu diatas adalah nafsu belum bertaraf selamat. Masih bernafsukan nafsu haiwan maka jadilah kehidupannya seperti haiwan juga. Sebab apa macam haiwan? Kerana ada sifat baik.dan ada sifat buruk. Haiwan punya perasaan menyayangi anak, haiwan bertanggung jawab untuk memberi anak makan, memelihara keluarga, itu tabiat mulia, tabiat jahat haiwan makan anak, haiwan mampu merosakkan, mampu mengambil hak orang lain, dan sebaginya. ... Manusia yang punyai nafsu tahap ini, tidak dilindungi Allah. Sebab tu boleh rosak. Kene penyakit, dibunuh, terkena bala bencana, ditindas, tidak mendapat petunjuk, bila berdoa tidak dimakbulkan..kerana jasad yang digambarkan oleh hati itu masih tidak betul. Andai kata mati, maka susah lah dia...bergantung pada amalanya kerana dia tidak dapat jaminan dari Allah..Ok lepas ni mengenai nafsu2 yg mendapat jaminan oleh allah.
nafsu yg suci kembalilah kepada allah dengan jalan redha dan diredai..jadilah kamu hamba ku (ini baru Allah mengaku hamba Allah...) masuklah kamu kesyurga ku...
Allah hanya mengaku orang-orang yang bernafsukan nafsu mutmainnah itu hamba. bukan orang yg derma RM1 terus dapat tahap hamba..blom lagi.. lepas ni baru nak masuk bab nafsu mutmainnah...
i nak terangkan PETUA YANG DIAJAR RASULLULLAH untuk kita mengawal diri.. sebab Allah berfirman.."andaikata Allah tidak menolong hamba2nya dari bisikan syaitan maka kesemuanya akan sesat" jadi kita ni tidak mampu melawan syaitan..tapi rasullulah tinggal kan cara.. ni la yang tgh duk terang kan ni...

jap lagi i terang kan macam mana nafsu mutmainnah..dan macam mana nak dapat kan nafsu ni...dan bagai mana nak tahu kita ada tak nafsu ni...

Nafsu mutmainnah.Nafsu ini ialah nafsu yang bersih suci.. tidak ada terdetik untuk melakukan dosa..tidak juga berangan untuk melakukan dosa. Nafsu ini Cuma mencintai allah dan rasulluah.. tidak tegugat dek duniawi walau setitik…Nafsu bersih suci ni nafsu kesayangan roh ini. Allah berfirman”"Wahai nafsu (mutmainnah). Kermbalilah kamu kepada allah, dengan (hati) redha dan diredhai. Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)... Nafsu ini sahaja yang selamat dialam akhirat. Merka yang bernafsukan nafsu ni bergembira apa bila tiba hari kiamat atau di padang mashar.


nafsu mutmainnah tu adalah nafsu orang mukmin.... "sesungguhnya berbahgialah orang-orang mukmin.." sebab tu orang mukmin ni sentiasa selamat. tidak mati dibunuh.(cth rasullullah, saidina abubakar) sahabat yg lain tu yg mati syahid tu ada jalan mukmin tapi blom dapat tahap mukmin yg btol... pasal apa? pasal allah janji kebahgiaan tadi.. tidak akan merasa tersiksa/sakit/ditindas.


aa mka sebab itu..cari lah nafsu mutmainnah ini..pasal apa nak kene cari? pasal nafsu inilah nafsu hidayah, nafsu petunjuk, nafsu berhubung dgn nur rasullullah..ye ke ber hubung?jawap nya ya berdasar kan surah ni : "dan mengutuskan (nabi Muhammad) kepada orang lain dari mereka (bukan bangsa arab) yang masih belum datang (Dilain zaman) yg belum pernah menghubunignya. (al-Jumaah :3)

Jadi mukmin yg sudah berhubung jasad,hati dan nur..maka tidak akan rosak lah jasad2 orang2 ini walau sudah mati/wafat beribu tahun...ini yg kita nak kene cari..bukan cari macam mana nak beratkan timbangan amal..tetapi..cari jalan untuk mendapat jaminan kebahgian dari ALLAH.

"dan tiadalah kami mengutuskan engkau (muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (semua makhluk pada semua zaman) (surah Al-Anbiyaa:107)tambah lagi surah ni..Nabi Muhammad dari mula diciptakan makhluk sampai hari ni adalah rahmat/guru/pembawa hidayah/ kepada ummat sehingga ke alam syurga.... walau hari ni..rasullullah masih memberikan hidayahnya. sebab tu lah dalam dua kalimah syahadah muhammadar rasullullah itu adalah kalimah iman. sebab digunapakai sampai didalam syurga.

ohh ok..ni kene buat kesimpulan ye..Jadi sekarang ni kita lihat pada diri kita sendiri..ditaraf nafsu manakah kita duduk?? antara 3 tadi kah? atau nafsu mutmainnah.. kalau antara 3 tadi..tanda nya banyak2 lah bertaubat..dan usaha untuk memperbaiki diri kita...sebab kalau kita mati esok lusa..parah la jawabnya...
ok nak dapatkan nafsu mutmainnah..caranya : ZIKRULLAH setiap saat ikut amalan syahadah. MATA HATI LIHAT ALIF LAM LAM HA, MULUT HATI MENYEBUT ALLAH, TELINGA HATI MENDENGAR ALLAH2... Bila hati sentiasa menyebut ALLAH2 iblis pun lari jauh pasal dalam alquran dah disebut "orang2 yag hatinya ada iman(ingat allah) maka iblis tiada kuasa ketasnya. itulah ... bantuan allah yang dijanjikan..maka buat lah itu.jadi hati yang bersih lagi suci kesayangan roh. Maka datang lah roh nafsu mutmainnah ini kedalam diri kita. sebab bersih suci. kalau tak, roh nafsu amarah, lawamah dan mulhemah yang datang..



jadi itu lah caranya nak dapat kan nafsu mutmainnah yg diajar rasullullah..sebab tu rukun islam pertama ialah DUA KALIMAH SYAHADAH bukan SOLAT..


Jadi selama ini kita ingat rasulluah itu ada didalam makam nya aje...itu jasanya. tetapi Nurnya itu sentiasa berhubung dengan roh nafsu mutmainnah. Jadi sebab itu lah allah berfirman "dan mengutuskan (nabi Muhammad) kepada orang lain dari mereka (bukan bangsa arab) yang masih belum datang (Dilain zaman) yg belum pernah menghubunignya. (al-Jumaah :3)..hubungan rasullulah dengan umat nya itu ada..tetapi melauli hati rohani yang bersih sahaja...


nak nafsu mutmainnah..amalkan ilmu syahadah..rasa dah 3-4 hari dah terang..check kat notes... rasulluah menerangkan pada sahabat selama 20 tahun bab syahadah utk dapat iman...lepas tu baru turun surah suruh solat..

nafsu mutmainnah tu yang ke4. bukan 3.. nafsu-nafsu yg seterusnya tu tak payah lah terang kan ye..pasal dapat kan nafsu mutmainnah tu nanti allah dan rasullah akan beri hidayah...sebab tu banyak kan zikrullah ikut amalan syahadah

aa kene cari..kalau dah terlekat zikrullah dihati tu tak lupa2..maka nafsu mutmainnah la tu..takde langsung tergugat dgn masaalah dgn sesama makhluk ..dah.tenang dengan cinta pada allah.. itulah nafsu bersih lagi suci..

haa..cari itulah iman mujammal..iaitu hubungan...hati,roh,nafsu dan nur terus kepada rasullah yg berhubung dgn zat. ini lah yg disebut dalam alquran.."tali allah"

iman yang turun naik tu..iman nafsu mulhemah...yg biasa kita blajo kat kuliah agama..diorang kata iman itu ada batasan..ada kala naik ada kala turun. Iman nafsu mutmainnah ni tetap. (Iman tahap para nabi rasul) mana ada turun naik..wali allah, aulia allah..i

asiah..kesimpulannya yg asiah cerita semalam tu yang ilmu syahadah ni adalah ilmu tertinggi yang diamal kan NABI dan RASUL, WALi itu sebenarnya betul lah... tapi itu yang allah minta pada ummat ini untuk ikut. bukan kah rasul itu wajib kita ikut? jadi sebab tu allah letak ilmu syahdah tu rukun islam pertama...asanya penting..kesempurnaannya itu yg ada pda rasul,nabi,sahabt terpilih..dan sbagainya...

jadi kita ni tugasnya ikut..jgn tak ikut rasul..kalau tak ikut terus ikut syaitan..lagi parah..

No comments: