Thursday 25 December 2008

JAMAK QASAR

JAMAK QASAR

* Ada lagi sembahyang yang digabungkan antara sembahyang jamak dan qasar. Iaitu menghimpunkan sembahyang zohor + Asar dan Maghrib + Isyak dengan diqasarkan sembahyang yang 4 rakaat.

Niatnya:
i. Sembahyang pada jamak qasar zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Zohor dipanggil Jamak Taqdim):
- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor: Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar: Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

ii. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Maghrib dipanggil Jamak Taqdim):
* Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di bawah.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Sebab ianya 3 rakaat sahaja.. Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.
- Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

iii. Sembahyang pada jamak qasar Zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Asar dipanggil Jamak ta'khir ):
- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor: Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar: Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
ii. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Isyak dipanggil Jamak ta'khir ):
* Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di bawah.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Sebab ianya 3 rakaat sahaja.. Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
- Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
PRAKTIK jamak taqdim - Zohor+Asar Dalam perjalanan.............
1. Berwuduk
2. Berdiri mengadap kiblat.
3. Memulakan sembahyang zohor dulu dengan takbiratul ihram serta niat: "Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala."
4. Sembahyang zohor 2 rakaat....
5. Salam dan selesai.
6. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja),
7. Mula mengerjakan sembahyang Asar dengan takbiratul ihram serta niat: "Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala."
8. Sembahyang Asar 2 rakaat...
9. Beri salam....
Selesai

Wallahua'lam.

Saturday 20 December 2008

Jangan sambut 1 Januari (New Year)

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin . Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin.
Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka
21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.
Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.-
Wallahualam-

Saturday 13 December 2008

amazing...

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid, too.Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe tuo fo 100 anc.
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.
If you can read this, your brain is 50% faster than those who can't

Sakitnya mati

"Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.
Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.
Antaranya, sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih Amalan harian: Sentiasa membaca Al-Quran Memelihara solat terutama solat fardu Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan Membaca tasbih Membanyakkan sedekah Sentiasa berzikir menyebut Allah.
Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"
Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."
Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu."
Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.
Berkata Sam bin Nuh:"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat.
Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut.""

Kebaikan makan buah-buahan

Kiwi - Sangat kecil tetapi gagah. buah Kiwi adalah sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat. Ia mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda dengan sebiji buah oren.
Strawberi - Buah perlindungan. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buah utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.
Epal - sebiji epal sehari menjauhkan kita dari berjumpa doktor. Walaupun sebiji epal mengandungi vitamin C yang rendah, namun ia mempunyai antioksidan dan flavanoids yang mana menambahkan aktiviti untuk vitamin C dengan itu menolong menurun risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.
Oren - Ubat yang termanis. mengambil 2 atau 4 biji oren sehari boleh menjauhkan selsema, kolesterol mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang dan juga memperkecilkan risiko barah kolon.
Tembikai - Hilangkan dahaga. Terdiri daripada 92% air, ia juga mengandungi glutathione yang mana menolong mengalakkan sistem kebal kita. Ia juga adalah sumber lycopene yang penting. Nutrien lain yang didapati dalam tembikai adalah vitamin C dan Kalium.
Jambu dan Papaya - Anugerah teratas untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan tertinggi vitamin C.
Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit.
Papaya kaya dengan carotene, baik untuk mata.

Tuesday 9 December 2008

Motivational Quote 2

"Often he who does too much does too little."
Italian Proverb
"A good plan today is better than a great plan tomorrow."
George S. Patton
"Get around the right people.Associate with positive, goal-oriented people who encourage and inspire you."
Brian Tracy

"Time is life. It is irreversible and irreplaceable. To waste your time is to waste your life, but to master your time is to master your life and make the most of it."
Alan Lakein

"If my hands are fully occupied in holding on to something, I can neither give nor receive."
Dorothee Solle
"Get around the right people.Associate with positive, goal-oriented people who encourage and inspire you."
Brian Tracy

"Successful people are always looking for opportunities to help others. Unsuccessful people are always asking, What's in it for me?'."
Brian Tracy

"People with goals succeed because they know where they're going."
Earl Nightingale
"Do not fear going forward slowly; fear only to stand still."
Chinese Proverb

"Do what you can with what you have where you are."
Theodore Roosevelt

"The tighter you squeeze, the less you have."
Zen Saying

"How can I be more like you?" she asked the guru. And the guru answered: "The best way to be more like me is to be more like you."
Alan Cohen

"Life in itself is an empty canvas, it becomes whatsoever you paint on it. You can paint misery, you can paint bliss. This freedom is your glory."
Osho

"Put your future in good hands - your own."
Mark Victor Hansen

"Life is not lost by dying; life is lost minute by minute, day by dragging day, in all the thousand small uncaring ways."
Stephen Vincent Benet

"I learned that we can do anything, but we can't do everything.. at least not at the same time. So think of your priorities not in terms of what activities you do, but when you do them. Timing is everything."
Dan Millman

"Don't be afraid to give up the good to go for the great."
John D. Rockefeller

"The chief cause of failure and unhappiness is trading what you want the most for what you want now."
Zig Ziglar

Kelebihan Bismillah, Al-fatihah dan Ayat Kursi

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.
Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
Wallahualam