Saturday 23 May 2009

"Celakalah orang yang solat. Iaitu orang yang lalai didalam solat"(Al-Maun:4-5)


"Celakalah orang yang solat. Iaitu orang yang lalai didalam solat"(Al-Maun:4-5)
Ada banyak pendapat Ulama memberikan pelbagai cara untuk kusyuk didalam solat. Ada yg memberi pendapat kusyuk didalam solat itu tiada, dan ada juga yang mengatakan memang susah nak kusyuk jadi kita berserah pada Allah.
Didalam Al-Quran Allah mengatakan solat yg tidak kusyuk itu tempatnya neraka wailul. kemudian dicelaka pula oleh Allah... bukankah solat itu ibadah pertama dihitung? kalau solat tak sah, apatah lagi ibadah yang lain..
Ada pendapat mengatakan faham maksud ayat, tumpukan pada ayat baru dapat kusyuk..Ini tidak diajar didalam Al-Quran.. Sebab, bila kita tumpukan pada ayat contoh kul ya ayuhal kafirun..bermakna kita perlu tumpukan kepada orang-orang kafir. padahal Allah berfirman : Dirikan solat untuk mengingati ku (Taha-14)... Jadi..kepada yang nak faham maksud ayat tu, fahamkanlah..tetapi diluar solat. masa solat tumpukan kepada Allah sahaja...
Kita lihat cara kusyuk dalam solat mengikut Al-Quran :
"Dan sebutlah akan nama tuhanmu(ALLAH) didalam dan diluar solat pada waktu pagi dan petang (AL-Insan:25)
"Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah, mereka apabila mendirikan solat, mereka berdiri dengan malas, bertujuan riak dan mereka pula TIDAK MENYEBUT DAN MENGINGATI ALLAH ketika solat melainkan sedikit sekali (An-Nisaa :142)
Jadi kiranya ketika solat, hati kita menyebut Allah, atau dengan sedikit sekali, itu tandanya kita tergolong dalam golongan orang munafik.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya, dan menyebut-nyebut nama tuhannya(ALLAH) ketika solat (al-a'laa 14-15)
Lagi petua kusyuk Allah tunjukkan sebutlah nama ALLAH ketika solat. Bukan sebut dimulut.. mulut itu baca kalam Allah. hati itu sebut nama Allah. Kalam Allah : Ayat-ayat suci, Allahhu akhbar, subhanallah, dan sbagainya. Tetapi mulut hati sebut ALLAH..ALLAH..ALLAH..Lagi satu petua allah bagi untuk tidak lalai ketika solat :"Dan sebutlah serta ingatlah akan TUHANMU (amanah ALLAH) DALAM HATIMU. dengan perasaan merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai (al-Araaf:205)
Sebut nama ALLAH disertakan mata hati melihat kalimah ALIF LAM LAM HA, dan telinga hati mendengar suara ALLAH..ALLAH..ALLAH barulah kita tidak lalai...
Pesan rasullullah "Bangunkan hati kamu untuk mendengar zikrullah" Dalam hadis ni disebut hati..bukan telinga..
Hati kita ada mata. ada telinga. ada mulut..ada jasad. cuba tutup mata tengok kereta kita nampak tak? tutup telinga dan dengar kan azan didalam hati..dengar tak? tutup mulut dan sebut ALLAH banyak banyak didalam hati dengar tak? fikir balik..telinga kita dengar atau hati kita dengar?
Jadi sebut Allah banyak banyak dalam hati itu lah hukumnya wajib... pandang kalimah ALLAH alif lam lam ha didalam hati itu lah wajib..dengarkan sebutan ALLAH didalam hati itulah wajib...baru lah dapat kusyuk...
Tambah sket skadar pengetahuan.....Kusyuk dalam solat itu hadir sebelum solat lagi.. sebelum solat sudah merasakan kita ni hamba kepada Allah dan buat apa sahaja kerana allah dgn sentiasa mengingati allah. innasolati wanusuki wamahyayawamamati lilahirabbil alamin <--baru lah kita tak berbohong bila baca ini..kalau tak jadi orang munafik le..mulut kata ye..buat nye idak..ishk..Allah dah kata..tidak aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah kepada ku..

No comments: