Sunday, 31 May 2009

melucuti hijab wanita

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan ?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya begitu-begitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "payah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'hari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali .....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali .....
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ........
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang e-mail ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Friday, 29 May 2009

Sesiapa yang berada didunia ini dalam keadaan buta mata hatinya, maka dia juga buta diakhirat dan lebih sesat jalannya"

OK kesimpulannya ramai yg setuju lah dengan quote ni kan..ada yang kata hebat..dan amat setuju sekali..Ada yang nampak...dan ada yang keliru..itu semua mengikut hati-hati masing-masing....ok lah pengarangya ialah : ALLAH S.W.T dalam surah (Al-Isra Ayat 72)
18 may 2009

Arak itu haram kerana membuatkan si peminum itu lalai dari mengingati Allah. Bagaimana kita yang tidak mabuk tetapi lalai


Arak itu haram kerana membuatkan si peminum itu lalai dari mengingati Allah. Bagaimana kita yang tidak mabuk tetapi lalai dari mengingati Allah?
Arak itu haram kerana membuatkan si peminum itu lalai dari mengingati Allah. ok Persoalannya : Bagaimana kita yang tidak mabuk tetapi lalai dari mengingati Allah?
Bagi allah S.W.T : orang yang tidak mabuk tetapi lalai dari mengingati allah itu samalah hukumnya iaitu haram. Artinya Haram hukumnya kita lalai dari mengingati allah. Kenapa?
Kerana setiap sesuatu pekerjaan atau ibadah yg kita lakukan tanpa mengingati allah, iblislah yang beserta dgn kita.Bila iblis ada dihati tidak mungkin ada perasaan ikhlas.
Siapa yg buat hukum ini? Allah sendiri dalam surah Al-Zumar ayat 22 yang berbunyi "celakalah orang-orang yang DIHATINYA tidak mengingati allah(berzikrullah).sesungguhnya mereka itu didalam kesesatan yang nyata".
Tak cukup dgn itu allah tambah lagi sebab manusia ni payah nak faham :"Jangan lah kamu dilalikan oleh harta benda kamu dan anak pinak dari mengingati dan menyebut (zikrullah) nama allah" (AL-munafiqun :9)
jadi apa yang allah nak kita buat " Wahai orang-orang beriman sebutlah nama allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kepadanya diwaktu pagi dan petang (Al-Ahzab 41-42"
OK macam mana tanda orang beriman? jawapnya "orang-orang yang beriman dan dihati mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati dan menyebut nama allah) ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tenang" (Al-Rad :28 tanda org beriman itu hatinya sentiasa ingat pada allah...
Betul ke iblis tiada kuasa kepada orang-orang yang menyebut nama allah (beriman) jawapannya : Sesungguhnya hamba-hamba ku (yang beriman) tiadalah engkau iblis mempunyai kuasa terhadap mereka. cukuplah allah menjadi pelindung"
sebut sifat allah..dan sebut 99 nama sifat allah tidak disuruh disebut didalam hati didalam alquran..itu sebutan lafaz dimulut sebagai tasbih dan wirid. yg dimaksudkan disini ialah meneybut/mendengar kalimah ALLAH didalam hati (setiap saat) tanpa henti henti...kerana hati itu lah tempat bisikan syaitan..bukan dimulut..sesaat tak dengar bunyi ALLAH, hati akan berangan betul tak?
jangan samakan zikrullah menyebut nama ALLAH dihati dengan zikrullah berbentuk wirid, pujian, atau kalimah nafi(lailahaillah) Wirid boleh disebut dimulut. tetapi zikir allah..allah. wajib sebut dihati. mulut sebut lailahillah..tetapi hati dalam masa sama wajib sebut allah..allah..allah.
Tgk surah ni pula " Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya, dan menyebut-nyebut nama tuhannya (ALLAH) ketika solat" (Al-Alaa:14-15) kan disuruh sebut nama Allah ketika solat..baru lah tak lalai...
sebut je Allah semua tahu. india sebut allah, cina sebut allah, afrika sebut allah..matsaleh pun sebut allah...kalau sebut erti ni mcm-mcm bahasa...nanti hati kita tak sama. bila sebut allah dalam hati ..seluruh dunia hatinya sama aje bunyinya... al-quran pun tak suruh sebut makna didalam hati..alquran kata.."dan sebutlah serta ingatlah nama tuhanmu (ALLAH) didalam HATIMU dengan perasaan rendah diri dan takut (Al-araf 205)"
20 May 2009

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi allah.

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi allah. Tiasa sesuatupun pun melainkan bertasbih dengan memujinya" (al-isra :44)
Manusia pula diberi kesempurnaan dan kebijaksanaan tetapi lalai dari mengingati Allah bahkan selalu berfikir merekalah yang paling layak untuk menduduki syurga Allah.
Didalam surah diatas disebut perkataan SENTIASA bukan sekali sekala..atau bila terdesak, bila susah sahaja.. hehe rasanya jauh makhluk2 lain meninggal kan manusia kan?
Maksud ayat diatas bukan langit ke7. tetapi ketujuh-tujuh tingkat langit..dan ketujuh-tujuh tingkat bumi itu termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan, pokok, batu, semut, serangga, buah epal, Ikan, batu, gunung, para malaikat, yg zahir dan yg ghaib sekali.. ishk..takkan nak sebut semua..hehe
Hemm...topic diatas ada kaitan dgn surah al:zumar ayat 22 : Allah mengatakan orang yang hatinya tidak berzikrullah itu adalah orang yang sesat yang nyata...renung-renungkan lah.yg dah lama tinggal alquran tu cari lah balik..kalau tak faham beli lah tafsir alquran..boleh la faham sket..hidup kita sementara kan...
"Sesungguhnya berbahgialah orang-orang mukmin"(Al-Mukminun ayat :1) Mereka ini orang-orang yang hatinya bersih suci bernafsukan nafsu mutmainnah..iman nya sudah kukuh..tidak lagie turun naik. Golongan ini berbahgia pada hari kiamat ketika orang-orang lain sibuk dengan timbangan amal masing-masing...
Golongan ini juga sudah dijamin selamat oleh allah. "Dan sememangnya adalah menjadi tanggung jawab kami menolong orang-orang mukmin
"Mereka memasuki syurga allah dari mana-mana pintu yang mereka sukai..
Mukmin yg terhebat ialah Saidina Abu bakar As-sidiq. Itulah mukmin kalau mengikut keterangan dalam al-quran.(amirul mukminin)
Oh lupa nak tulis nama surah: Al-Rum:47 : "Dan sememangnya adalah menjadi tanggung jawab kami menolong orang-orang mukmin
"Kalau nak tgk contoh mukmin hari ni...yg nampak dek mata kasar ni la kan.. : osama laden.. sebab mukmin ni dia seorang boleh takutkan 1 negara. itu hebatnya orang mukmin. Doanya boleh mengalahkan musuh yang hebat. dia sentias dapat bantuan dari allah. Amerika yg punyai senjata canggih sampai hari ni tak mampu nak cari dia..sebabnya..surah tadi lah..dah memang menjadi tanggung jawab kami(allah) untuk menolong org mukmin... sekadar pendapat je ni...
akhir sekali satu jalan nak menuju mukmin :"dan sesiapa yang beriman kpda allah (dgn sentiasa mengingati allah, allah akan pimpin hatinya (memberi hidayah) dan allah itu maha mengetahui (At-Taghaabun:11)
Hidayah itu lah yang akan membimbing kita didalam beribadah..supaya ibadah kita diterima Allah.
20 may, 2009

"dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri.

"dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan" (Ad-zariyat 20-21)

Dari surah diatas Allah menyuruh kita melihat tanda kekuasaan Allah (amanah Allah bukan mencari Allah) salah satu tempat untuk dicari ialah diri sendiri. Didalam diri kita itu terdapat tandanya iaitu diri manusia atau roh manusia dan tempat berhubungnya roh ini adalah hati yang bersih. Manusia yang hatinya bersih dapat melihat sendiri keadaan rohnya sendiri. Tetapi selagi hijab hati tertutup..tak dapek la nak nulung.
Sebab tu banyakkan lagi sebut allah2 setiap masa kerana hati yang menyebut kalimah ALLAH itu menjadi kesayangan roh. Roh macam mana? Iaitu roh nafsu mutmainnah. OK jadi i nak flash back balik topic 2 hari lepas iaitu kalimah tauhid dan kalimah iman. Kalimah tauhid itu LAILAHAILLAH dan kalimah iman itu MUHAMMADAR RASULLULLAH (archive ada disimpan didalam NOTES)
Mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH iaitu dengan ucapan dan tasdiq dihati, jadi lah org islam. Tetapi bagaimana utk menjadi orang beriman? Maka hendaklah mengikut amalan rasullullah didalam kalimah MUHAMMADAR RASULLULLAH dan ditasdiq kan dihati. Apa yang nak ditasdiq kan?
MUHAMMADAR RASULLULLAH itu kalimah iman terbahagi 2.
1 Mengikut jasad rasullullah beramal. Termasuklah Iman mufassar (putus-putus) iaitu percaya kepada Allah, Malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan Qada qadar.
2. Mengikut hati rasullullah beramal iaitu kita sebutkan MUHAMAMDAR BABUR ARWAH. Maksud kalimah ini ialah Muhamamd itu ada Jasad, Hati, nafsu , roh dan nur.
Jadi kesemuanya wajib dihubungkan antara satu sama lain ini dikenali sebagai iman mujammal (DIHUBUNGKAN) Ok Itu secara teknikalnya…
Bagaimana untuk apply pada diri kita? Mula-mula kita mestilah kita kenal
1. Apa itu hati
2. Apa itu nafsu.
Hati : Hati ini bukanlah hati yang kita belajar dalam pelajaran sains itu. Hati ini adalah rohani kepada seketul daging itu. Dia merupakan raja segala anggota yang menjaga segala anggota tubuh badan. Hati puyai mata, telinga, mulut, hidung, jasad..yang mampu melakukan apa sahaja yang tidak mampu dilakukan oleh tubuh badan. Hati boleh berzina dengan siapa sahaja dia suka,boleh mengambil apa sahaja yang diinginkan lebih hebat dari superman..jadi kalau tidak dijaga hati ini ditakutkan akan dituruti oleh anggota. Bermakna senang cita jangan lah berangan-angan kerana ianya melalaikan..
Jadi nak baikan hati, maka hendaklah mata hati itu melihat kalimah ALIF LAM LAM HA sentiasa. Telinga hati itu menendengar bunyi ALLAH..ALLAH..ALLAH dan mulut hati menyebut ALLAH ALLAH ALLAH sentiasa, baru lah baik seluruh anggota.
OK kita pergi ke bab Nafsu. Apakah nafsu ini? Nafsu ialah kehendak. Semua manusia, haiwan dan jin punyai nafsu atau keinginan. Bagaimana untuk membezakan nafsu haiwan dan nafsu manusia. Nafsu dari dari sifat iradat. berkehendak dari sifat allah...yang diberikan kepada kita masa kita dalam perut ibu lagie…
Nafsu haiwan ada 3 jenis. Iaitu nafsu amarah, nafsu lawamah dan nafsu mulhemah. Manakala nafsu manusia itu ada 4 iaitu nafsu mutmainnah, nafsu mardiah, nafsu rodhiah nafsu kamilah.. nafsu-nafsu ini adalah roh yang digunapakai oleh jasad. Lagi Jahat nafsu itu, lagi buruklah rohnya..apatah lagi bayangan pada jasadnya.
Nafsu Amarah : Ni nafsu syaitan. Tak payah stori panjang..nafsu ni dia bangga bila kita buat kejahatan. Cth bila kita menceritakan perihal buruk orang lain dia jadi seronok. Tiada perasaan bersalah malah berbangga pula dengan terus mencari keburukan orang yang lain pula.
Nafsu Lawamah : Nafsu ni bila kita mengumpat orang , akan timbul perasaan dihati..rasa bersalah. Tetapi keseronokan mengumpat itu masih ada..jadi dia tambah lagi untuk mengumpat..kemudian rasa balik nak minta maaf. Tapi meneruskan lagi tak terdaya nak melawan keseronokan tadi.
Nafsu Mulhemah: Nafsu ni nafsu orang yang sudah ada sedikit iman. Dia telah pun dapat bimbingan yg mana betul yg mana salah..suka melakukan kebaikan, disamping masih melakukan kejahatan kira atas pagar la… Hari ni dia nasihat kawan2 dia..jangan mengumpat. Tapi esok lusa bila dia tak puas hati dengan orang, dia plak umpat orang tersebut. Golongan nil ah paling ramai. Dan golongan ini akan dihisab diakhirat nanti..kalau cukup amalan, selamatlah dia..kalau tak, jadi kayu api lah.
OK ke3-3 nafsu diatas adalah nafsu belum bertaraf selamat. Masih bernafsukan nafsu haiwan maka jadilah kehidupannya seperti haiwan juga. Sebab apa macam haiwan? Kerana ada sifat baik.dan ada sifat buruk. Haiwan punya perasaan menyayangi anak, haiwan bertanggung jawab untuk memberi anak makan, memelihara keluarga, itu tabiat mulia, tabiat jahat haiwan makan anak, haiwan mampu merosakkan, mampu mengambil hak orang lain, dan sebaginya. Manusia yang punyai nafsu tahap ini, tidak dilindungi allah. Sebab tu boleh rosak. Kene penyakit, dibunuh, terkena bala bencana, ditindas, tidak mendapat petunjuk, bila berdoa tidak dimakbulkan..kerana jasad yang digambarkan oleh hati itu masih tidak betul.
Nafsu mutmainnah. Nafsu ini ialah nafsu yang bersih suci.. tidak ada terdetik untuk melakukan dosa..tidak juga berangan untuk melakukan dosa. Nafsu ini Cuma mencintai allah dan rasulluah.. tidak tegugat dek duniawi walau setitik…Nafsu bersih suci ni nafsu kesayangan roh ini. Allah berfirman” "Wahai nafsu (mutmainnah). Kermbalilah kamu kepada allah, dengan (hati) redha dan diredhai. Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30) Nafsu ini sahaja yang selamat dialam akhirat. Merka yang bernafsukan nafsu ni bergembira apa bila tiba hari kiamat atau di padang mashar. nafsu mutmainnah tu adalah nafsu orang mukmin....
"sesungguhnya berbahgialah orang-orang mukmin.." sebab tu orang mukmin ni sentiasa selamat. tidak mati dibunuh.(cth rasullullah, saidina abubakar) sahabat yg lain tu yg mati syahid tu ada jalan mukmin tapi blom dapat tahap mukmin yg btol... pasal apa? pasal allah janji kebahgiaan tadi.. tidak akan merasa tersiksa/sakit/ditindas.
aa mka sebab itu..cari lah nafsu mutmainnah ini..pasal apa nak kene cari? pasal nafsu inilah nafsu hidayah, nafsu petunjuk, nafsu berhubung dgn nur rasullullah..ye ke ber hubung? jawap nya : "dan mengutuskan (nabi Muhammad) kepada orang lain dari mereka (bukan bangsa arab) yang masih belum datang (Dilain zaman) yg belum pernah menghubunignya. (al-Jumaah :3) Jadi mukmin yg sudah berhubung jasad,hati dan nur..maka tidak akan rosak lah jasad2 orang2 ini walau sudah mati/wafat beribu tahun...ini yg kita nak kene cari..bukan cari macam mana nak beratkan timbangan amal..tetapi..cari jalan untuk mendapat jaminan kebahgian dari ALLAH.
"dan tiadalah kami mengutukan engkau (muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (semua makhluk pada semua zaman) (surah Al-Anbiyaa:107) tambah lagi surah ni..Nabi Muhammad dari mula diciptakan makhluk sampai hari ni adalah rahmat/guru/pembawa hidayah/ kepada ummat sehingga ke alam syurga.... walau hari ni..rasullullah masih memberikan hidayahnya. sebab tu lah dalam dua kalimah syahadah muhammadar rasullullah itu adalah kalimah iman. sebab digunapakai sampai didalam syurga.
ohh ok..ni kene buat kesimpulan ye..Jadi sekarang ni kita lihat pada diri kita sendiri..ditaraf nafsu manakah kita duduk?? antara 3 tadi kah? atau nafsu mutmainnah.. kalau antara 3 tadi..tanda nya banyak2 lah bertaubat..dan usaha untuk memperbaiki diri kita...sebab kalau kita mati esok lusa..parah la jawabnya...
ok nak dapatkan nafsu mutmainnah..caranya : ZIKRULLAH setiap saat ikut amalan syahadah. MATA HATI LIHAT ALIF LAM LAM HA, MULUT HATI MENYEBUT ALLAH, TELINGA HATI MENDENGAR ALLAH2... Bila hati sentiasa menyebut ALLAH2 iblis pun lari jauh pasal dalam alquran dah disebut "orang2 yag hatinya ada iman(ingat allah) maka iblis tiada kuasa ketasnya.
itulah ... bantuan Allah yang dijanjikan..maka buat lah itu. jadi hati yang bersih lagi suci kesayangan roh. Maka datang lah roh nafsu mutmainnah ini kedalam diri kita. sebab bersih suci. kalau tak, roh nafsu amarah, lawamah dan mulhemah yang datang.. Jadi selama ini kita ingat rasulluah itu ada didalam makan nya aje...itu jasanya. tetapi Nurnya itu sentiasa berhubung dengan roh nafsu mutmainnah.
Jadi sebab itu lah allah berfirman "dan mengutuskan (nabi Muhammad) kepada orang lain dari mereka (bukan bangsa arab) yang masih belum datang (Dilain zaman) yg belum pernah menghubunignya. (al-Jumaah :3)..hubungan rasullulah dengan umat nya itu ada..tetapi melaluli hati rohani yang bersih sahaja. aa kene cari..kalau dah terlekat zikrullah dihati tu tak lupa2..maka nafsu mutmainnah la tu..takde langsung tergugat dgn masaalah dgn sesama makhluk ..dah.tenang dengan cinta pada allah.. itulah nafsu bersih lagi suci..
iman yang turun naik tu..iman nafsu mulhemah...yg biasa kita blajo kat kuliah agama..diorang kata iman itu ada batasan..ada kala naik ada kala turun. Iman nafsu mutmainnah ni tetap. (Iman tahap para nabi rasul) mana ada turun naik..wali allah, aulia allah..i kesimpulannya cerita semalam tu yang ilmu syahadah ni adalah ilmu tertinggi yang diamal kan NABI dan RASUL, WALi itu sebenarnya betul lah... tapi itu yang allah minta pada ummat ini untuk ikut. bukan kah rasul itu wajib kita ikut? jadi sebab tu allah letak ilmu syahdah tu rukun islam pertama...asanya penting..kesempurnaannya itu yg ada pda rasul,nabi,sahabt terpilih..dan sbagainya...
24 May, 2009